Remedi dan Tanaman
Tau Tak? Saffron berasal dari
perkataan Arab bermaksud kuning, sejenis tumbuhan herba daripada
kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia.Herba yang digelar ‘Emas Padang Pasir’ (Gold of the Desert)
juga dikenali sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan
‘Flower of Love’. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya
(excellent stimulant) sejak dari dulu lagi.
Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya
yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan
perubatan.Tumbuhan dengan nama saintifiknya ‘Crocus Sativus Linneaus’
telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah (spice) yang
paling benilai dan berharga.
Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur
Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali
saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : ‘Za’afaran’, Jepun :
‘Safuran’, Hindi : ‘Kesar’, China : ‘Fan Hong Hua’, Tamil : ‘Kungumappu’ dan
Bahasa Melayu ‘Koma-Koma’.
Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron,
tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek (
Prehistoric Greek ).Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol )
sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di
Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara
pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India,
Morocco, Turki dan Itali.
Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran
saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport
saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United
Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh
dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti
saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era
penanaman saffron ).
Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan
dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi
memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan,
penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan
sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.
Sebagai tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat,
minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping
banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi.
Struktur asas saintifik saffron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin
menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.
Antara keistimewaannya, saffron ialah:
- Membantu proses penghadaman,
- Menguatkan ingatan,
- Agen anti barah,
- Merawat amenia ( kekurangan zat besi ),
- Mengawal tekanan darah dan kolesterol,
- Mengurangkan risiko serangan penyakit jantung,
- Melancarkan pengaliran darah (haid ),
- Merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi,
- Merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ),
- Kesuburan ( fertility ),
- Menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite )
- Perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative )
Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron
sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang
menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit
bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.
Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang
semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi
yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di
dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini
saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan
penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.
Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di
dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak
digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ).
Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada
mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract
saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi
kesihatan.
Sumber:lebah.wordpress.com
Comments
Post a Comment